Perisa SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi diinspirasikan daripada hidangan kimchi goreng popular di Korea dengan menawarkan gabungan rasa manis, pedas dan umami yang seimbang

KUALA LUMPUR – NONGSHIM, jenama terkemuka mi segera nombor satu Korea, SHIN Ramyun telah melancarkan perisa baharu bagi meraikan ulang tahun ke-40 jenama ikoniknya itu.

Dikenali SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi, perisa tersebut mengetengahkan konsep SWICY atau gabungan rasa manis dan pedas bagi memenuhi citarasa pengguna masa kini.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden NONGSHIM, Antonio Jo berkata, pelancaran produk baharu itu seiring pencapaian penting syarikat apabila SHIN Ramyun muncul sebagai jenama mi segera Korea pertama mencatat jualan terkumpul global melebihi RM55 trilion sejak diperkenalkan pada tahun 1986.

Menurut beliau, sepanjang empat dekad berada di pasaran, kira-kira 42.5 bilion pek SHIN Ramyun telah terjual di seluruh dunia sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara jenama mi segera Korea paling berpengaruh di peringkat antarabangsa.

“Pelancaran perisa baharu itu mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam menyesuaikan produk dengan trend makanan semasa tanpa mengorbankan identiti jenama.

“Sempena sambutan ulang tahun bersejarah ini, kami kekal komited untuk terus berkongsi cita rasa autentik Korea serta inovasi kulinari dengan para peminat di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antonio Jo.

Pelancaran perisa baharu itu sempena majlis pratonton drama Impian Di Seoul sempena Malaysia International Film Festival (MIFFest) Kesembilan 2026 yang menampilkan dua penyanyi, Khai Bahar dan Wany Hasrita sebagai pelakon utama bersama Shah Jazsle.

Mengulas lanjut, Antonio menambah, SHIN Ramyun telah membawakan cita rasa Korea yang kaya kepada pengguna di seluruh dunia di mana Stir Fry Kimchi bakal mencerminkan bagaimana jenama itu terus berkembang seiring trend makanan moden tanpa mengabaikan identiti pedas yang kekal menjadi warisan.

Menurut beliau, strategi itu bagi mengukuhkan komitmen NONGSHIM dalam menawarkan pengalaman menikmati makanan Korea yang autentik, berkualiti premium dan mudah disediakan.

“Perisa Stir Fry Kimchi diinspirasikan daripada hidangan kimchi goreng popular di Korea dengan menawarkan gabungan rasa manis, pedas dan umami yang seimbang selain mengekalkan tekstur mi kenyal yang menjadi keistimewaan jenama berkenaan.

“Produk ini menggunakan sos kimchi yang lebih pekat dan kaya bersama cebisan kimchi asli serta sawi putih bagi memberikan pengalaman menikmati hidangan yang lebih menyelerakan.

“Bagi pasaran Malaysia, SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi dibangunkan dengan pensijilan Halal bagi memenuhi keperluan pengguna tempatan, selain mengekalkan cita rasa autentik masakan Korea,” katanya. – MalaysiaGazette

Pelancaran perisa baharu itu sempena majlis pratonton drama Impian Di Seoul sempena Malaysia International Film Festival (MIFFest) Kesembilan 2026 yang menampilkan dua penyanyi, Khai Bahar dan Wany Hasrita sebagai pelakon utama bersama Shah Jazsle.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast