KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$131.8 bilion setakat 15 Julai 2026, berbanding AS$132.6 bilion pada akhir bulan lepas.
Menurut BNM dalam satu kenyataan hari ini, kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
BNM melaporkan bahawa rizab antarabangsa kasar termasuk rizab mata wang asing (US$116.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$6.0 bilion), emas (US$5.8 bilion), dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).
Jumlah aset sebanyak RM633.97 bilion, terdiri daripada emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk SDR (RM533.93 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM12.68 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.99 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM20.34 bilion), hartanah dan peralatan (RM4.55 bilion) serta aset-aset lain (RM59.49 bilion).
Liabiliti dan modal berjumlah RM633.97 bilion, merangkumi modal (RM100 juta), rizab (RM197.62 bilion), mata wang dalam edaran (RM183.24 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM113.06 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM16.25 bilion), deposit lain (RM85.63 bilion), kertas Bank Negara (RM7.75 bilion), peruntukan SDR (RM26.71 billion), dan liabiliti lain (RM3.61 bilion).
— BERNAMA















