Shah Rizan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada polis.

JOHOR BAHRU – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah RM2,300 kepada anggota polis di Segamat, pada September tahun lalu.

Tertuduh, Shah Rizan Shamsudin, 38 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Aziati Jaafar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh memberi rasuah, sebagai dorongan untuk tidak mengenakan tindakan atas kesalahan memiliki air ketum.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Jalan Pasar Labis, Segamat, pukul 9.15 malam.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM4,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 September ini.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Alice Voon mengikut akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala Shah Rizan,l diwaliki peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K Bharathi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast