LENGGENG – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menjelaskan kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor lalu.
“Perdana Menteri sepatutnya muhasabah diri dan bukannya menyalahkan pihak lawan kerana memainkan sentimen kaum Melayu-Islam.
“Dalam Johor saya baru dapat angka daripada kajian yang dibuat. Calon-calon PH tidak mendapat 10 peratus pun undi orang Melayu.
“PH perlu tanya diri sendiri, kenapa begitu tidak popular dalam kalangan pengundi Melayu?” katanya kepada pemberita selepas memulakan kempen Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) di kerusi N.09 Lenggeng, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang mendakwa kerjasama politik BN-PN berteraskan sentimen politik perkauman Melayu-Islam menerusi penyatuan ummah.
Khairy juga menegaskan, penolakan pengundi Melayu dalam PRN Johor kerana parti kerajaan itu gagal menguruskan persepsi sensitiviti orang Melayu.
“Ia bukan naratif yang direka pembangkang, sebaliknya berpunca daripada kegagalan kerajaan sendiri menangani kebimbangan masyarakat Melayu.
“Jangan salahkan orang lain, muhasabah. Kenapa orang Melayu tidak memilih PH,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
















