Dr G Rajasekaran berkesempatan meluangkan masa melakukan walkabout di sekitar Kampung Paya di Sri Tanjung, Port Dickson.

PORT DICKSON – Kampung Paya di Sri Tanjung bakal berwajah baharu susulan fasa perancangan untuk membina sebuah platform terapung sebagai jambatan penghubung bagi memudahkan penduduk menyeberangi sungai.

Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung, Datuk Dr G. Rajasekaran berkata, ia direka sebagai tarikan interaktif bagi menarik minat golongan anak muda supaya kembali menghargai keindahan alam sekitar dan beriadah di kawasan kampung.

​Katanya, kesejahteraan infrastruktur dan keindahan alam semula jadi perlu bergerak seiring dan merakam semua pihak dan penduduk yang sentiasa bekerjasama menjaga kebersihan kawasan ini.

“Sungguh menenangkan melihat kawasan laluan pejalan kaki berkonsepkan River of Life di sini di  manfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat.

​“Laluan ini bukan sahaja menceriakan pemandangan, malah menjadi lokasi riadah yang selamat dan selesa khususnya buat golongan warga emas untuk melakukan senaman ringan dan aktiviti harian,” katanya di sini hari ini.

Kawasan laluan pejalan kaki berkonsepkan ‘River of Life’.

Rajasekaran turut memberi jaminan di mana pemantauan turut difokuskan kepada beberapa perkara utama demi kesejahteraan penduduk Kampung Paya melibatkan penyelenggaraan Sungai Berkala.

Katanya, kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan sungai sentiasa dipantau agar berjalan dengan teliti mengikut jadual.

“Ini adalah langkah proaktif yang amat penting bagi memastikan kelancaran aliran air sekali gus mengelakkan risiko banjir di kawasan sekitar.

​“Bagi memastikan keseimbangan ekosistem semula jadi sungai ini terus terpelihara, kita juga telah melaksanakan inisiatif pelepasan ikan puyu pada 1 Tahun Lepas. Usaha ini bertujuan untuk mengekalkan kelestarian dan kerancakan biodiversiti di sungai ini.

“Kita tidak hanya memfokuskan kepada penyelenggaraan semasa, malah sedang merancang penambahbaikan untuk masa hadapan,” katanya.

Rajasekaran merupakan penyandang wakil rakyat di DUN Sri Tanjung selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-15 pada 2023 dengan majoriti 3,996 undi.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada1 Ogos ini,  Achuthan akan berdepan saingan lima penjuru termasuk penyangdang DUN itu iaitu calon dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr G. Rajasekaran dan M Leevineshwaraan mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Turut bertanding, A. Saravanan dan Islah Wahyudi Zainudi, masing-masing calon Bebas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast