Datuk Seri Khaled Nordin ketika berucap dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang hari ini.

PASIR GUDANG – Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) diramal diadakan bila-bila masa berdasarkan situasi politik masa kini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkembangan dalam PRN Melaka dan PRN Negeri Sembilan akan menjadi ‘petunjuk’.

Namun katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, bila waktu yang tepat akan berlaku PRU-16 masih tidak dapat dijangka.

Beliau menegaskan, UMNO perlu menjadi tarikan ‘pusat graviti’ pengundi Melayu pada PRU-16 seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Katanya, apabila keadaan tersebut berlaku menerusi penjaran politik yang tersusun antara parti-parti Melayu seperti dalam PRN Negeri Sembilan, politik Melayu akan lebih stabil.

“UMNO bukan dominasi sempit terhadap orang Melayu tapi (strategi politik) tersusun (menerusi jajaran politik). Kita bawa kestabilan politik orang Melayu. Kita lihat dalam 10 tahun kebelakangan ini orang Melayu berpecah belah dan porak peranda politik orang Melayu.

“Inilah ahli-ahli UMNO melakukan terjemahan ahli-ahli dalam PRN Johor lalu,” ujarnya.

Beliau berkata demikan ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang di Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Menurutnya, strategi tersebut dilaksanakan dalam PRN Negeri Sembilan namun tiada kerjasama seperti itu semasa PRN Johor.

Sementara dalam sidang akhbar, Khaled berkata, pendekatan yang dilakukan BN dan Perikatan Nasional (PN) adalah satu strategi politik tersusun yang memberi kestabilan terhadap politik orang Melayu.

Menerusi pendekatan itu katanya, akan dapat mengelakkan Melayu daripada terus berpecah seperti yang berlaku sebelum ini.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast