Bendera Iran. Foto MALAYSIAGAZETTE, 17 JUN 2025.

TEHRAN – Iran berjaya menjual minyak mentah bernilai keseluruhan AS$18 bilion sepanjang tempoh perang dan gencatan senjata dengan Amerika Syarikat (AS).

Menurut kenyataan Kementerian Minyak Iran, sebanyak AS$11.5 bilion hasil jualan minyak direkodkan ketika perang, manakala AS$6.5 bilion lagi diperoleh sepanjang tempoh gencatan senjata.

Kementerian berkata, jumlah tersebut meliputi lebih 60 peratus daripada unjuran hasil minyak yang disasarkan dalam belanjawan tahunan negara meskipun berdepan krisis.

Bagaimanapun, pada akhir Jun lalu, Speaker Parlimen Iran yang juga ketua perunding negara itu, Mohammad Bagher Ghalibaf, dilaporkan berkata Iran tidak dapat mengeksport sebarang minyak berikutan sekatan AS terhadap pelabuhan negara itu.

Perang tercetus pada 28 Februari selepas serangan bersama AS dan Israel ke atas Iran, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas terhadap sekutu-sekutu Washington di rantau berkenaan.

Perjanjian gencatan senjata yang dimeterai pada April sebahagian besarnya menamatkan pertempuran, namun permusuhan kembali memuncak pada awal Julai apabila kedua-dua pihak terus bersaing untuk menguasai Selat Hormuz, laluan perkapalan strategik bagi perdagangan minyak dunia. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast