Gambar hiasan

KANGAR – Satu bungkusan guni disyaki berisi rangka manusia yang telah reput ditemukan di kawasan kebun berhadapan sebuah kilang di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu pada 10.20 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan terlihat bungkusan guni berkenaan semasa sedang melakukan kerja-kerja meracun di kebunnya.

“Barang kes dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk siasatan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan setakat ini, dan kes masih dalam siasatan lanjut. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast