KUALA LUMPUR – Sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan tragis yang berlaku ketika sambutan Christopher Street Day di Berlin pada malam Sabtu.
Kedutaan Besar Malaysia di Berlin berkata, pihaknya sedang memantau perkembangan semasa.
Menurut kenyataan kedutaan, setakat ini seorang mangsa disahkan maut manakala sekurang-kurangnya 16 lagi cedera dalam kejadian berkenaan.
Tambahnya, mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut boleh menghubungi kedutaan menerusi talian +49 (0)30 885749-0 atau e-mel di [email protected] MalaysiaGazette
















