Peguam, Latheefa Koya bergambar bersama keluarga Trooper Abdul Hamid selepas sidang media mengenai serangan dan pukulan teruk yang didakwa dilakukan oleh pegawai-pegawai tentera terhadap beliau di Lawyers for Liberty, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 27 JULAI 2026.

PETALING JAYA – Lawyers For Liberty (LFL) menggesa kerajaan menjelaskan perkembangan siasatan berhubung kes seorang anggota komando yang cedera parah ketika menjalani latihan di Kem Iskandar, Mersing, Johor pada 11 Mac lalu sehingga terpaksa menjalani pembedahan membuang sebahagian tengkoraknya.

Peguam yang mewakili keluarga, Latheefa Koya berkata, laporan perubatan penuh yang diterima baru-baru ini menunjukkan mangsa, Trooper Abdul Hamid Talib, 25, mengalami kecederaan otak traumatik yang teruk sehingga menyebabkan beliau lumpuh keempat-empat anggota badan (quadriplegia).

Latheefa Koya bercakap pada sidang media bersama keluarga Trooper Abdul Hamid mengenai serangan dan pukulan teruk yang didakwa dilakukan oleh pegawai-pegawai tentera terhadap beliau di Lawyers for Liberty, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 27 JULAI 2026.

Jelas beliau, mangsa kini berada dalam keadaan vegetatif menimbulkan persoalan terhadap maklumat awal yang diterima keluarga bahawa mangsa dipercayai cedera akibat terjatuh di dalam tandas.

“Kecederaan ini adalah satu kecederaan akibat sesuatu tindakan atau serangan  begitu serius, serangan yang berniat untuk membunuh.

“Oleh itu, kami ingin tahu, apa respons daripada pihak polis? Apa respons daripada pihak kerajaan? Sepatutnya ada tangkapan, ada siasatan. Tak ada langsung respons.

“Dah berapa bulan dah sejak laporan dibuat. Laporan yang terakhir yang dibuat oleh kakak Hamid adalah pada 30 hari bulan April 2026.

“Dah nak dekat 30 hari bulan Julai. Dah berapa bulan dah. Ini ke layanan yang diberikan kepada seorang perajurit?,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, dua laporan polis telah dibuat berhubung kes itu, namun sehingga kini keluarga mendakwa masih belum menerima sebarang perkembangan mengenai hasil siasatan atau tindakan yang diambil.

Latheefa Koya menunjukkan keadaan Trooper Abdul Hamid pada sidang media di Lawyers for Liberty, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 27 JULAI 2026.

Pada masa sama, Latheefa turut mempersoalkan keputusan untuk membenarkan Hamid keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam tanpa jaminan bantuan susulan kepada keluarga.

Beliau berkata, pihak hospital sebelum ini telah mengemukakan senarai keperluan perubatan kepada pihak berkaitan, termasuk katil hospital, tilam khas, kerusi roda, peralatan pemantauan kesihatan serta keperluan pemakanan, namun pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas.

Latheefa Koya menunjukkan laporan yang telah dibuat pada sidang media bersama keluarga Trooper Abdul Hamid mengenai serangan dan pukulan teruk yang didakwa dilakukan oleh pegawai-pegawai tentera terhadap beliau di Lawyers for Liberty, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 27 JULAI 2026.

 

Selain itu, beliau mendakwa, pihaknya turut menghantar dua surat kepada PPUM bagi mendapatkan penjelasan mengenai status rawatan dan perancangan selepas discaj, namun mendakwa sehingga kini belum menerima sebarang respons.

“Malah kami telah menghantar surat dua kali sebagai peguam kepada pihak PPUM, pengarah PPUM.

“Satu pada 14 Julai dan satu lagi pada 22 Julai. Kami hantar surat secara urgent untuk bertanya, kami dimaklumkan bahawa dia akan didischarge.

Peguam, Latheefa Koya bercakap pada sidang media bersama keluarga Trooper Abdul Hamid mengenai serangan dan pukulan teruk yang didakwa dilakukan oleh pegawai-pegawai tentera terhadap beliau di Lawyers for Liberty, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 27 JULAI 2026.

 

“Apakah statusnya? Apakah akibatnya? Siapa yang akan jaga mereka? Siapa yang akan tanggung? Cuba teka. Apa respons? Hospital ni tak ada respons.

“Keluarga sudah cukup menderita dengan apa yang berlaku kepada anak mereka, adik mereka. Mereka ditekan lagi dengan kosnya, dengan layanan sebegitu rupa,” tegas beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast