Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersorak pada pengumuman keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Wisma UMNO Negeri Sembilan, Seremban. Foto FAREEZ FADZIL, 01 OGOS 2026.

 

SEREMBAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak bersabar berhubung calon Menteri Besar Negeri Sembilan daripada gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, perkara itu hanya akan dimuktamadkan selepas menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir secepat mungkin.

“Tunggu menghadap Yang di-Pertuan Besar dulu,” katanya kepada media selepas mengumumkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan malam ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengumumkan BN dan PN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Dalam keputusan tidak rasmi BN memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN memperoleh tujuh kerusi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast