Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengucapkan tahniah kepada kepada calon-calon Barisan Nasional- MCA yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan terutamanya Siow Kong Choon yang berjaya menumbangkan penyandang DUN Chennah, Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP.

Beliau turut mengucapkan tahian kepada Koh Kim Swee yang menang kerusi DUN Repah dan menasihatkan kedua-dua wakil rakyat baharu itu untuk membawa suara rakyat ke Dewan dengan baik serta berkhidmat dengan sepenuh hati untuk rakyat Negeri Sembilan.

“Selepas bertahun-tahun tidak bertanding, kini MCA telah kembali ke Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan!

Terima kasih kepada pengundi di Negeri Sembilan yang telah memberi mandat kepada Barisan Nasional.

“Terima kasih jentera BN dan semua yang membantu bekerja keras memenangkan BN, serta pihak SPR, PDRM, sukarelawan dan semua yang terlibat memastikan perjalanan PRN Negeri Sembilan kali ini berjalan lancar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ka Siong turut menasihatkan semua calon BN khususnya MCA yang tidak berjaya dalam PRN kali ini untuk meneruskan perkhidmatan kepada rakyat.

“Percayalah bahawa perjalanan anda semua tidak terhenti setakat ini. Sebaliknya kita akan terus berdiri bersama. Perkhidmatan untuk rakyat tidak pernah ditakrifkan dengan memegang jawatan; rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan kita,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast