Seorang warga emas terperangkap bawah SUV yang sedang dibaikinya di Jalan Kampung Majid 1, Kluang, hari ini.

KLUANG – Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila tersepit bawah kenderaan utiliti sukan (SUV) semasa cuba membaikinya di Jalan Kampung Majid 1 di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, warga emas berusia 86 tahun itu dipercayai terperangkap bawah SUV jenis Perodua Kembara dan mengalami kecederaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Kanan Bomba II, Mohd Ridzuan Mohd Zait berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 3.05 petang.

“Seramai sembilan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMR) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyelamatan jalan raya (RTA) dan stretcher,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan cedera dan diserahkan kepada pegawai perubatan yang hadir untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tambahnya, operasi tamat pukul 3.30 petang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast