Suasana bilik sidang media di Ibupejabat DAP di Kuala Lumpur malam ini.

​KUALA LUMPUR – Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan mengadakan satu sidang media khas malam ini di Ibu Pejabat Kebangsaan parti itu sejurus selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

​Menurut notis media tergempar yang dikeluarkan, sidang media tersebut akan dikendalikan sendiri oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pukul 10.30 malam.

​Meskipun notis jemputan tidak menyatakan secara terperinci agenda utama pengumuman berkenaan, penganjuran sidang media sejurus mesyuarat kepimpinan tertinggi parti itu dijangka bakal membawa pengumuman penting melibatkan pendirian parti, isu politik tanah air atau keputusan strategik terkini.

Pihak media sudah mula berkumpul sejak jam 8 malam tadi bagi membuat liputan lanjut berkaitan kenyataan yang bakal dikeluarkan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast