JAKARTA – Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) memberi amaran ombak setinggi sehingga empat meter di beberapa kawasan perairan negara itu susulan perkembangan dua gangguan cuaca di timur dan barat Filipina.
Pemangku Pengarah Meteorologi Maritim BMKG, Agie Wandala Putra berkata, gangguan ribut tropika 94W dan 9SW sedang menguatkan peredaran angin di perairan utara dan selatan Indonesia.
BMKG meramalkan ombak setinggi 2.5 hingga empat meter di bahagian utara Selat Melaka, Lautan Hindi di barat Sumatera, serta perairan di selatan Jawa, Bali dan Nusa Tenggara Barat bermula Selasa hingga Jumaat.
Agensi itu menggesa nelayan, komuniti pesisir pantai serta pengusaha bot nelayan, feri dan kapal kargo supaya sentiasa berwaspada serta memantau keadaan cuaca dengan rapi kerana laut bergelora boleh mengundang risiko terhadap keselamatan pelayaran. – Agensi
















