[Gambar fail] Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bercakap kepada media selepas Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Seri Menanti Resort, Kuala Pilah. Foto MOHD ADZLAN, 02 OGOS 2026.

SEREMBAN – Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dibuat secara teratur serta mengikut tatacara ditetapkan.

“Saya rasa tatacara pelantikan diikuti dengan betul,” katanya kepada pemberita selepas memulakan tugas rasmi di Wisma Negeri di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Wawasan Tan Sri Rais Yatim dilapor mempersoalkan urusan pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan termasuk mendakwa wujudnya campur tangan dari pihak luar dalam urusan adat dan perlembagaan Negeri Sembilan.

Ismail yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh pada PRN Negeri Sembilan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, Ahad lepas.

PRN Negeri Sembilan melibatkan 36 kerusi DUN dan kemenangan BN di 18 kerusi DUN serta Perikatan Nasional (PN) tujuh kerusi, membolehkan kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast