Mohamad Alif Ezzahan Zulkifli --kredit awam

NARATHIWAT – Seorang pemain bola sepak warga Malaysia yang cedera akibat disambar petir ketika perlawanan Piala FA Golok di Stadium Santiphap di sini, telah dibenarkan pulang ke Kelantan pada Selasa.

Ketua Polis Sungai Golok, Kol. Thun Sirikhunt berkata Mohamad Alif Ezzahan Zulkifli, 22, yang beraksi untuk pasukan SAMCOLTS, telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa yang berasal dari Kelantan hanya mengalami luka pada bahagian kaki dan telah dibenarkan pulang,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Sementara itu, Konsul 1 Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Muhammad Danial Atif Nasiren berkata, pihak konsulat telah membuat semakan dengan Hospital Sungai Golok dan dimaklumkan bahawa mangsa telah kembali ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa hanya menerima rawatan awal di Hospital Sungai Golok semalam dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, seorang pemain kelab bola sepak tempatan, Sofwan Awae, 24, maut, manakala lebih sembilan individu lain cedera lalu dihantar ke Hospital Sungai Golok untuk menerima rawatan.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast