Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bergambar pada Sidang Media dan Pelancaran Konsert Tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza di Royale Chulan, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 05 OGOS 2026.

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak apabila dapat bakal kembali berduet dengan penyanyi, Noraniza Idris selepas 25 tahun tidak beraksi sepentas bersama.

Penghibur berusia 47 tahun itu berkata, Konsert Tradisional Gema Bumantara pada 17 Oktober depan disifatkan peluang untuk menjemput Noraniza untuk melengkapi persembahan konsert tersebut.

“Saya memang cakap dengan Kak Zie (pengurus) bahawa konsert ini perlu ada dan jemput Noraniza Idris. Rasa gembira dan maaf saya sebak kerana tidak tahu bila lagi boleh buat konsert tradisional terbesar seperti ini.

“Saya ingin mereka yang hebat ini terutama pejuang irama tradisional ada bersama-sama. Maaf, sebab itu saya beremosi,” katanya sebak dalam nada sebak pada sidang akhbar dan pelancaran konsert itu di sini semalam.

Penggiat muzik tradisional, Noraniza Idris bergambar pada Sidang Media dan Pelancaran Konsert Tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza di Royale Chulan, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 05 OGOS 2026.

Sementara itu, Noraniza atau mesra di sapa sebagai Kak Ani mengakui gementar untuk kembali berduet dengan Siti mendendangkan lagu Hati Kama.

“Ya Allah, saya sebenarnya seram nak menyanyi dengan Siti Nurhaliza. Sebab sudah 25 tahun kami tidak menyanyikan lagu Hati Kama secara duet apatah lagi dalam sebuah konsert besar dengan format orkestra, saya sangat takut.

“Saya rasa sangat kecil di sisi Siti Nurhaliza,” ujarnya.

Siti Nurhaliza dan Noraniza, 58, merupakan dua penyanyi tanah air yang konsisten memperjuangkan lagu-lagu berkonsepkan irama tradisional sepanjangkan kerjaya seni mereka.

Kedua-dua penghibur tersohor itu juga pernah merakamkan album tradisional berjudul Seri Balas pada 1999 yang memuatkan lagu popular antaranya Hati Kama.

Album itu diterbitkan oleh komposer dan penggiat muzik ternama, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah dan diedarkan oleh syarikat rakaman Suria Records.

Sementara itu, selain Noraniza, artis lain yang turut diundang menjayakan persembahan Gema Bumantara ialah Haziq Rosebi, Lesti Kejora dan King Nassar dari Indonesia.

Konsert Gema Bumantara bakal diadakan di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 17 Oktober depan  di man pengarah muzik pada konsert tradisional berskala mega menjadi oleh Mohamad Sharhan Syazwan Mohd. Ashri atau Chaan. – MalaysiaGazette

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama penggiat muzik tradisional, Noraniza Idris dan Haziq Rosebi bergambar bersama rakan-rakan strategik pada Sidang Media dan Pelancaran Konsert Tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza di Royale Chulan, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 05 OGOS 2026.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast