Lembaga Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima memorandum yang diserahkan oleh wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) menerusi Himpunan Aman Solidariti Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) TH yang berlangsung di Menara TH, Jalan Tun Razak, hari ini.

Katanya dalam satu kenyataan, kesemua pandangan dan cadangan yang disampaikan akan diteliti oleh pengurusan TH bagi membantu organisasi mencapai hasrat melaksanakan penambahbaikan berterusan untuk kesejahteraan lebih 9.8 juta pendeposit.

“TH amat menghargai setiap pandangan dan cadangan yang telah disampaikan. Ini mencerminkan keprihatinan tulus masyarakat dalam mendukung institusi haji negara demi memelihara kemaslahatan ummah,” katanya.

TH juga menyokong tindakan tegas Kerajaan dalam mengambil tindakan sewajarnya berhubung hasil dapatan RCI. TH telah melaksanakan lebih 75 peratus daripada syor-syor RCI dan terus giat melaksanakan baki syor-syor penambahbaikan secara keseluruhan.

Hasilnya juga dapat dilihat bila mana kedudukan TH hari ini jauh lebih kukuh berbanding tahun 2018 atas usaha pemulihan berterusan sejak lapan tahun lalu. -MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast