KUALA LUMPUR – Rapid KL, jenama perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad di Lembah Klang, bakal membawakan Eksplorasi Merdeka Rapid KL 4.0 (EMRKL4.0) yang berlangsung pada 5 September 2026 bertempat di Stesen Putra Heights.

Edisi keempat acara ini diadakan bersempena dengan Bulan Kebangsaan bakal menggabungkan penggunaan rangkaian rel dan bas Rapid KL dalam satu pengalaman eksplorasi yang membawa peserta meneroka pelbagai lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur.

Peserta bukan sahaja berpeluang mengenali mercu tanda ikonik ibu negara, malah menghayati sejarah, warisan dan kepelbagaian budaya yang membentuk identity Malaysia.

Selaras dengan aspirasi “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati”, program ini meraikan kepelbagaian etnik, kekayaan warisan dan budaya negara, di samping menyemai semangat patriotisme di kalangan masyarakat.

Lebih menarik lagi, peserta akan diberikan cabaran yang lebih sukar, kuiz dan aktiviti interaktif di lokasi-lokasi terpilih sepanjang acara ini.

Setiap tugasan memerlukan peserta menggunakan pengetahuan, kreativiti dan kemahiran bekerjasama untukmengumpul mata dan merebut peluang untuk bergelar juara.

Dengan yuran pendaftaran sebanyak RM250 bagi setiap pasukan (tidak termasuk caj pentadbiran sistem pendaftaran), peserta berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai lebih daripada RM13,000, selain memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah.

Program ini menjadi lebih istimewa pada tahun ini kerana bertepatan dengan ulang tahun ke-30 Laluan Ampang/Sri Petaling, laluan LRT yang pertama di Malaysia.

Stesen Putra Heights telah dipilih sebagai lokasi pelepasan, memandangkan ia antara stesen pertukaran utama yang menghubungkan Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang/Sri Petaling.

Penganjuran ini mencerminkan penghargaan terhadap legasi sistem rel negara serta peranan pengangkutan awam dalam memacu pembangunan mobiliti bandar sejak tiga dekad lalu, selain mengeratkan hubungan Rapid KL dengan komuniti.

Borang pendaftaran boleh didapati di https://checkpointspot.asia/event/eksplorasi-merdeka-rapid-kl-4. Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman sesawang rasmi Rapid KL.

Pendaftaran dibuka sehingga 23 Ogos 2026. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast