GEORGE TOWN – Tiga sekeluarga cedera selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Macalister di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, pokok berkenaan tumbang di hadapan sebuah hotel ketika pasangan suami isteri serta cucu mereka berada di dalam kereta.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng dalam kenyataan di Facebook memaklumkan ketiga-tiga mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Ketika ini anggota pihak berkuasa tempatan dan bomba sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan pokok yang tumbang bagi membolehkan laluan berkenaan kembali digunakan seperti biasa,” katanya.
Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan terbabit selain jalan turut ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan. – MalaysiaGazette
















