Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa.

KUALA LUMPUR – Muafakat parti-parti Melayu tidak harus dilihat sekadar strategi pembahagian kerusi untuk memenangi pilihan raya semata-mata.

Sebaliknya, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa berkata, ia memerlukan penghayatan dan kefahaman dasar perjuangan yang lebih besar iaitu tanggungjawab yang dituntut agama untuk menyatukan ummah, menegakkan agama serta memperjuangkan bangsa dan tanah air.

Menurutnya, parti-parti Melayu Islam yang bersatu padu dan tidak berpecah menjamin kestabilan yang sebenar serta berupaya menaungi dan membela semua bangsa, kaum dan agama di negara ini.

“Kebijaksanaan kepimpinan Melayu Islam di tuntut agar agama, bangsa dan tanah air didahulukan dan bukan kepentingan puak atau peribadi,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, Annuar yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) menyeru semua pemimpin memberikan keutamaan kepada persefahaman yang sudah berputik, terus berbuah dan berhasil.

“Tali yang putus sudah bersambung, Tunggu diikat simpul mati, Dalam berurus janganlah sombong, Kelak yang dipikat habis lari,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast