Ketua Wanita Keadilan, Fadhlina Sidek ketika bercuap pada Perasmian Angkatan Muda Keadilan dan Wanita PKR 2026 sempena Kongres Nasional Keadilan 2026 di Melaka International Trade Center (MITC), Ayer Keroh. Foto AIZAT ZAINAL, 14 OGOS 2026.

AYER KEROH – Isu pengurusan dan tadbir urus Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dilihat sebagai isu tatakelola negara dan bukan semata-mata berkaitan umat Islam, kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, perkara itu perlu dibincangkan secara terbuka supaya rakyat mengetahui apa yang berlaku serta langkah yang sedang diambil bagi menangani isu membabitkan TH.

“Saya sebut sahaja, kita mesti ada wacana tentang Tabung Haji ini. Ramai yang turun, termasuk rakan-rakan kita yang bukan Islam yang memahami bahawa isu ini adalah isu tentang tatakelola negara dan bukan semata-mata isu umat Islam.

“Isu Tabung Haji ini adalah isu yang sangat mendesak ketika ini. Rakyat mesti tahu apa yang berlaku dan apa yang sedang kita lakukan,” katanya ketika berucap pada Kongres Nasional Wanita Keadilan 2026 di MITC, di sini, hari ini.

Fadhlina berkata, masyarakat juga perlu diberikan kefahaman mengenai usaha kerajaan dalam menangani isu berkaitan TH serta memastikan kepentingan negara terus dilindungi.

Beliau menegaskan, wacana mengenai TH penting bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang jelas dan memahami perkembangan semasa berhubung institusi berkenaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here