Seorang wanita maut, lima cedera termasuk seorang lelaki OKU dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan lori di Lebuhraya Utara-Selatan, Kluang hari ini.

KLUANG – Seorang wanita maut, lima cedera termasuk seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan lori di Kilometer 55.1, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata, kemalangan tersebut membabitkan van jenis Toyota dan lori Isuzu melibatkan tujuh mangsa.

“Terdapat enam mangsa berada dalam van berkenaan. Lima daripada penumpang van yang cedera iaitu seorang lelaki dewasa, seorang lelaki OKU, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Seorang wanita yang juga pemandu van berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit pada bahagian pemandu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kemalangan tersebut mengakibatkan pemandu van maut manakala lima penumpang lain cedera.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 12.13 tengah malam tadi.

Katanya, seramai lima anggota bersama-sama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 51 kilometer dari balai bomba berkenaan.

Bahagian hadapan van remuk teruk sehingga mengakibatkan pemandunya tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadianBeliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas penyelamatan sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, semua mangsa yang cedera pula diberikan rawatan oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Kejadian tersebut mengakibatkan lima penumpang van cedera dan pemandunya maut

Tambahnya, pemandu lori terbabit dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here