DBKL menampal notis penutupan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 di tapak binaan di Mont Kiara dan Jalan Gombak, pada 13 Ogos lalu. Gambar: Facebook DBKL. .

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13 bekas positif pembiakan nyamuk aedes dikesan dalam Operasi Banteras Aedes Tapak Binaan yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di dua tapak binaan di Mont Kiara dan Jalan Gombak, pada 13 Ogos lalu.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, operasi itu dilaksanakan bagi mengesan serta mengawal tempat pembiakan nyamuk aedes di tapak binaan, sekaligus mengurangkan risiko penularan demam denggi dalam kalangan warga kota.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua 13 bekas berkenaan berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, DBKL mengeluarkan 13 notis pungutan jentik-jentik nyamuk, selain satu notis penutupan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Tegasnya, satu lagi notis arahan pembersihan turut dikeluarkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

DBKL turut memberikan taklimat ringkas kepada pegawai keselamatan di kedua-dua tapak binaan mengenai langkah-langkah kawalan dan pencegahan denggi.

DBKL berkata, pemantauan secara berkala akan diteruskan bagi memastikan tapak binaan sentiasa berada dalam keadaan bersih serta bebas daripada tempat pembiakan aedes.

“Langkah itu penting bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga kota terus terpelihara,” ujarnya.

DBKL turut menyeru semua pihak supaya bersama-sama mencegah denggi dengan memastikan kawasan persekitaran bersih dan menghapuskan tempat yang berpotensi menjadi pembiakan nyamuk aedes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here