KUALA LUMPUR – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Naazron Abdul Yusof berkata, wanita berkenaan dikenali sebagai Hedayah Abdul Majid Hafidzin, 48, merupakan warganegara Malaysia berbangsa Melayu.
Menurut beliau, alamat terakhir wanita berkenaan adalah di No. 12, Blok E, Jalan Camar, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor.
Orang ramai turut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Iqbal Norman di talian 016-802 1567, mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222 dan Inspektor Mohammad Iqbal Norman di talian 016-802 1567.
Kerjasama orang ramai amat dihargai bagi membantu polis melengkapkan siasatan kes berkenaan. – MalaysiaGazette















