Keadaan jerebu yang semakin buruk di sesetengah kawasan di Sarawak. - Foto: Bernama

KUCHING – Semua sekolah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) di Kuching, Padawan, Serian dan Samarahan ditutup berkuat kuasa serta-merta hari ini dan esok susulan jerebu yang menjejaskan kualiti udara di kawasan berkenaan.

JPNS dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan proses pembelajaran murid.

“Keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga sekolah, khususnya daripada risiko pendedahan kepada udara tidak sihat,” menurut kenyataan itu.

Perkembangan lanjut berhubung tempoh penutupan serta pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPNS dan Pejabat Pendidikan Daerah yang terlibat. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here