KUALA LUMPUR – Gara-gara mengambil berat masalah penduduk, seorang pesara menerima gelaran Tokoh Maliudur Rasul Taman Kencana 2026.
Yusri Mahat, 58, seorang pesar Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) berasal dari Temerloh itu turut dikenali sebagai gelaran ‘Tok Penghulu’ dalam kalangan penduduk.
Selain itu, tokoh yang sama bagi wanita dan kanak-kanak turut dipilih sempena Sambutan Maulidur Rasul Taman Kencana.
Turut hadir Pengerusi Surau Nur Iman, Suhaimi Mat Arshad dan ahli perniagaan, Datuk Zainol Abidin Mohamed.

Sebelum itu, sekumpulan penduduk berarak di sekitar Taman Kencana sambil berselawat pada sebelah pagi.
Kemudian penduduk juga mendengar ceramah berkaitan Nabi Muhamad SAW oleh penceramah terkenal, Ustaz Zulkifli Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zul Pandan.

Sementara itu, menurut Suhaimi, pihaknya meneruskan tradisi Taman Kencana menyambut Mauidur Rasul walaupun secara kecil-kecilan.
“Selain meneruskan tradisi, kami mahu sambutan sebegini diteruskan oleh golongan muda walaupun penduduk di sini tidak banyak seperti taman-taman lain di sekitar Ampang,” katanya. – MalaysiaGazette
















