Bangunan Bursa Malaysia. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Pelabur asing meneruskan trend jualan bersih selama tiga minggu berturut-turut, dengan merekodkan aliran keluar bersih sebanyak RM549.1 juta.

MBSB Research berkata, pelabur asing mencatatkan jualan bersih pada kesemua lima hari dagangan sepanjang minggu berkenaan.

Aliran keluar tertinggi direkodkan pada Isnin sebanyak RM190.5 juta, diikuti Selasa (-RM188.3 juta), Rabu (-RM124.7 juta), Khamis (-RM34.9 juta) dan Jumaat (-RM10.8 juta).

Manakala tiga sektor utama yang merekodkan aliran masuk bersih daripada institusi asing ialah utiliti (RM141.8 juta), pengangkutan dan logistik (RM56.6 juta) serta penjagaan kesihatan (RM31.8 juta).

Firma penyelidikan itu menambah, tiga sektor utama yang mencatatkan aliran keluar bersih asing ialah perkhidmatan kewangan (-RM420.1 juta), teknologi (-RM161.0 juta) serta produk dan perkhidmatan pengguna (-RM101.6 juta).

Institusi tempatan pula meneruskan trend belian bersih selama empat minggu berturut-turut, dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM591.1 juta.

Dalam pada itu, pelabur runcit kembali mencatatkan jualan bersih selepas merekodkan belian bersih selama seminggu, dengan aliran keluar bersih sebanyak RM42.0 juta.

MBSB Research berkata, purata volum dagangan harian (ADTV) meningkat secara meluas, dengan volum dagangan pelabur runcit meningkat 13.3 peratus, institusi tempatan 13.2 peratus, manakala institusi asing meningkat 3.2 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here