MELAKA – Pemuda UMNO mengesahkan akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS yang dijadualkan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 3 September ini selepas menerima jemputan daripada sayap parti berkenaan.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau bersama barisan kepimpinan pergerakan itu akan hadir ke muktamar berkenaan dan tidak menolak kemungkinan pertemuan tersebut turut membincangkan kerjasama politik antara kedua-dua sayap parti.
Dalam pada itu, beliau berkata, Perhimpunan Agung Pemuda UMNO pada 10 September ini akan memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU), termasuk mendapatkan pandangan perwakilan berhubung cadangan manifesto parti.















