Gambar mendiang penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat (AS), Dolly Parton, dipamerkan di Country Music Hall of Fame and Museum di Nashville, Tennessee pada 25 Ogos 2026. foto AFP

WASHINGTON – Legenda muzik country Amerika Syarikat (AS), Dolly Parton meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Keluarga mendiang tidak mendedahkan punca kematiannya.

Namun, Parton sebelum ini pernah berkongsi mengenai masalah kesihatannya.

Suaminya, Carl Dean, meninggal dunia tahun lalu.

Pada Mei lalu, Parton mengumumkan pembatalan beberapa siri konsert di Las Vegas atas faktor kesihatan.

Dalam video yang dimuat naik di media sosial, beliau berkata, rawatan bagi penyakit yang tidak didedahkan berjalan dengan baik, namun masih belum bersedia untuk kembali membuat persembahan di pentas.

Parton mempunyai kerjaya selama enam dekad dan menghasilkan kira-kira 3,000 lagu, termasuk balada ikonik I Will Always Love You yang kemudian menjadi kejayaan antarabangsa menerusi nyanyian Whitney Houston.

Beliau menghasilkan 49 album studio serta lebih 100 album kompilasi dan kolaborasi, sekali gus meraih gelaran “Ratu Muzik Country”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here