kerajaan gagal
Nordin Kardi

 

KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) boleh dipersoalkan dan dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen serta orang awam.

Tokoh Pendidikan dan pemerhati politik, Tan Sri Dr Nordin Kardi berkata, apa yang dipersoalkan oleh Pas dan Barisan Nasional (BN) bukan penubuhan RCI, tetapi kandungan laporan serta integriti anggota RCI ketika menjalankan tugas menyediakan laporan berkenaan.

Menerusi tulisannya di Facebook, beliau menegaskan, tindakan BN mempersoalkan laporan RCI juga tidak seharusnya dipertikaikan atas alasan RCI itu ditubuhkan oleh Kerajaan BN

“Laporan RCI boleh dipersoalkan. Bahkan ada kes majoriti kandungan dan dapatan RCI di United Kingdom (UK) ditolak,” katanya yang bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sultan Azlan Shah hari ini.

Beliau yang menolak pandangan bahawa laporan itu tidak boleh dipertikaikan mengambil contoh kes The Wakeham Commission (1999) yang menurutnya menyaksikan laporan berkenaan dipersoalkan dan dibahaskan dengan hebat di House of Lords sebelum mendapat perhatian orang awam.

“Perbezaan pendapat dalam kalangan orang awam begitu sengit dan meluas sehingga kesepakatan tidak dapat dicapai, menyebabkan kerajaan menggugurkan sebahagian besar daripada 132 cadangan dalam laporan tersebut.”

“Ahli Parlimen dan anggota House of Lords boleh mempersoalkan watak, keperibadian, kecekapan atau potensi konflik kepentingan seseorang anggota panel dengan kebebasan yang hampir sepenuhnya.

“Di bawah Bill of Rights 1689, ahli politik dilindungi oleh konsep ‘keistimewaan Parlimen’. Ini bermakna apa sahaja yang mereka katakan semasa perbahasan Parlimen atau pendengaran jawatankuasa pilihan tidak boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang fitnah, sama ada secara lisan (slander) atau bertulis (libel),” kongsi beliau.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, pihak yang mempunyai latar belakang undang-undang tidak seharusnya menakutkan orang awam dengan mengatakan laporan RCI tidak boleh dipersoalkan.

Beliau turut menegaskan, mempersoalkan laporan RCI dan integriti anggotanya tidak bermaksud mempertikaikan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

Sebaliknya, Nordin menyifatkan perbuatan menakutkan orang ramai adalah suatu perbuatan bermotif politik yang tidak sihat dan tidak berniat memandaikan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. alaaa RCI Forex BNM rugi 30 billion oleh Anwar Ibrahim pun dibakul sampah kan…sampai hari ni rakyat duk perhatian jaaa..tak de apa tindakan pun

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here