Mohd Izwan Hashim. fb Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu

KUALA NERUS – Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun ditemukan rentung selepas rumahnya di Lorong Padang Bola, Kampung Gong Lingai di sini terbakar petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Mohd Izwan Hashim berkata mangsa yang masih bujang dipercayai tinggal seorang diri dan menghidap strok, namun mampu berjalan.

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.56 petang sebelum jentera digerakkan pada 5.01 petang dan tiba di lokasi pada 5.11 petang. Kebakaran melibatkan sebuah rumah dengan kemusnahan 70 peratus.

“Operasi pemadaman dimulakan pada 5.12 petang menggunakan satu saliran sepanjang 200 kaki (61 meter), satu breeching serta dua pancutan air daripada jentera. Mangsa ditemukan kira-kira 5.40 petang tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Izwan berkata operasi pemadaman berjaya dikawal pada 6.26 petang, dengan sebanyak 28 anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus serta Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu terlibat dalam operasi berkenaan.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here