Bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan tiba di pekarangan Mahkamah berikutan pertuduhan mengikut Akta SPRM di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL,

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan tiba di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi bagi menghadapi pertuduhan jenayah.

Timbalan Presiden MIC itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pukul 8.25 pagi diiringi penyokong dan dikawal ketat oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebaik turun dari kenderaan pelbagai guna (MPV), hampir 70 penyokong berpakaian serba hitam yang menunggu ketibaannya, melaungkan `Hidup Datuk Seri` sebelum beliau dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 9.

Turut hadir mengikuti prosiding berkenaan ialah Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan isteri Saravanan, Datin Seri Kavitha Vivekanandan.

Laporan media semalam menyatakan, Saravanan mendakwa pertuduhan yang bakal dihadapinya berpunca daripada kenyataan pihak ketiga yang mengaitkannya dengan isu pengambilan pekerja asing ketika pandemik Covid-19 pada 2022.

Semalam, tular satu poster yang mempelawa penyokong Ahli Parlimen Tapah itu hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan berpakaian hitam bagi menunjukkan sokongan terhadapnya.

Beliau dijangka berdepan pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009 berkaitan perbuatan melibatkan suapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here