Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak bergambar melakukan gimik perasmian pada Majlis Perasmian MAHA 2026 di MAEPS, Serdang. Foto SADIQ SANI, 29 OGOS 2026.

SERDANG – Pengunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 digalakkan memakai pelitup muka susulan keadaan jerebu ketika ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, nasihat itu penting sebagai langkah penjagaan kesihatan memandangkan MAHA 2026 kini mula  menerima kehadiran orang ramai yang semakin tinggi.

Menurut beliau, sambutan pada hari pertama semalam menunjukkan perkembangan positif apabila seramai 140,543 pengunjung direkodkan dan melibatkan 28,122 kenderaan.

“Saya mengharapkan para pengunjung kalau boleh digalakkan memakai mask kerana keadaan jerebu dan cuaca.

“Kalau dapat mereka datang membawa ‘mask’ supaya dapat kita meningkatkan penjagaan terhadap kesihatan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian MAHA 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berucap pada Majlis Perasmian MAHA 2026 di MAEPS, Serdang. Foto SADIQ SANI, 29 OGOS 2026.

Mohamad menambah, penganjuran MAHA 2026 menyasarkan empat juta pengunjung, 2,000 pempamer serta penglibatan 800,000 belia dalam pelbagai program sepanjang 10 hari penganjuran bermula semalam.

Katanya, antara fokus strategik yang diketengahkan ialah penggunaan teknologi Internet of Things (IoT), sistem pengairan pintar, ekosistem produk agromakanan, agropelancongan dan pertanian lestari, termasuk penerapan tanaman tahan iklim,
amalan hijau dan varieti baharu.

“Aspek kelestarian turut diberi penekanan melalui pameran dan pengisian berkaitan
penggunaan tenaga elektrik secara cekap, pengurusan sisa buangan dan makanan,
pengurangan penggunaan plastik sekali guna, pertanian regeneratif serta amalan kitar semula.

“Pendekatan ini penting dalam memastikan sektor pertanian terus berdaya
tahan dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan pada masa sama membuka
peluang kepada produk pertanian yang dihasilkan melalui amalan terbaik dan lestari
untuk memperluas pasaran domestik serta menembusi pasaran antarabangsa,” katanya. – MalaysiaGazette

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak bergambar bersama pada Majlis Perasmian MAHA 2026 di MAEPS, Serdang. Foto SADIQ SANI, 29 OGOS 2026.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here