Gambar hiasan.

SIBU – Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki yang maut dipercayai dikelar pada bahagian leher di sini semalam direman sehingga 4 Sept. ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berusia 49 tahun yang dipercayai bapa saudara mangsa dibawa ke Mahkamah Sibu pagi tadi dan permohonan reman terhadapnya diluluskan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Beliau berkata saringan awal air kencing terhadap suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu menerima laporan daripada orang awam kira-kira 1.45 tengah hari semalam berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai dikelar pada bahagian leher oleh bapa saudaranya.

Beliau berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan.

Susulan maklumat diterima, polis menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu selain merampas beberapa barang kes di lokasi kejadian. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here