Situasi di wilayah Nepal selepas dilanda banjir kilat. - Foto AFP

KATHMANDU – Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal memaklumkan sebanyak 675 mayat ditemukan di kawasan yang dilanda gelongsoran lumpur setakat 6.30 petang waktu tempatan pada Sabtu, manakala 2,498 orang masih hilang, lapor Xinhua.

Menurut Jabatan Pelancongan Nepal di bawah Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Penerbangan Awam, seramai 753 pelancong masih tidak dapat dihubungi setakat 5.30 petang waktu tempatan, termasuk 589 warga asing.

Pejabat Pentadbiran Daerah Kathmandu pada Sabtu mengeluarkan notis segera yang menyeru pelbagai persatuan, institusi, perusahaan dan individu di Kathmandu supaya menyumbangkan bekalan bantuan bagi membantu mangsa di daerah Rasuwa, Nuwakot dan Dhading. – BERNAMA-XINHUA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here