Datuk Fabian Bigar

KUALA LUMPUR –  Program AI untuk Rakyat akan bermula pada 31 Ogos 2026 secara berfasa melalui portal Rakyat Digital yang baharu dan program disasarkan kepada 100,000 belia Malaysia berusia 18 hingga 30 tahun sehingga tahun 2027.

Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim hari ini telah mengumumkan Program AI Untuk Rakyat sebagai salah satu daripada enam ikhtiar untuk rakyat bagi membuka lebih banyak peluang digital kepada belia Malaysia bersempena Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Rakyat Digital merupakan portal pembelajaran digital negara, sebuah inisiatif Kementerian Digital yang diterajui oleh MyDIGITAL Corporation.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI untuk memperluas akses kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) di samping membina pengetahuan, kemahiran dan keyakinan golongan belia dalam memanfaatkan teknologi itu secara bertanggungjawab.

Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Datuk Fabian Bigar menjelaskan, Program AI untuk Rakyat merupakan satu langkah penting dalam memastikan golongan belia bukan sahaja memahami teknologi malah mempunyai akses kepada alat-alat yang boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran, kreativiti dan peningkatan produktiviti.

“Melalui inisiatif ini, kita mahu memastikan manfaat AI dapat dirasai secara lebih meluas dan inklusif, selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk membina masyarakat yang celik dan bersedia menghadapi masa depan digital,” katanya dalam kenyataan.

Program AI untuk Rakyat ditawarkan secara percuma kepada warganegara Malaysia berusia 18 hingga 30 tahun melalui portal Rakyat Digital tertakluk kepada penyelesaian modul yang ditetapkan.

Modul tersebut merangkumi:
1. AI Nation 2030: Pendekatan MADANI;
2. CYBERSAFE untuk Rakyat;
3. AI Generatif;
4. Keselamatan AI;
5. Agentik AI untuk Semua; dan
6. Cloud untuk Rakyat.

Peserta yang berjaya menyempurnakan dan lulus kesemua modul kursus yang ditetapkan akan menikmati langganan percuma selama tiga bulan bagi pelbagai aplikasi dan perisian AI terpilih.

Sebagai permulaan, peserta yang layak akan diberikan akses khas kepada alatan AI daripada penyedia teknologi tempatan dan antarabangsa iaitu:
1. YTL AI Labs – IlmuChat;
2. Alibaba – Wonderclip dan MuleRun dan
3. Google – Gemini Enterprise.

“Bagi memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran, pelbagai lagi perisian dan alatan AI daripada syarikat teknologi lain akan ditambah secara berperingkat dari semasa ke semasa.

“Inisiatif ini membuka ruang kepada para belia untuk meneroka teknologi canggih secara praktikal, sekali gus membantu meningkatkan kreativiti, produktiviti dan kemahiran digital mereka,” kata Fabian.

Inisiatif yang sama mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan kemajuan teknologi AI dapat dimanfaatkan secara lebih meluas oleh rakyat khususnya golongan belia, selaras dengan aspirasi Malaysia untuk membangunkan sebuah Negara AI yang inklusif menjelang 2030, sejajar dengan aspirasi MD2030.

Daftar dan mulakan perjalanan AI anda melalui portal Rakyat Digital di rakyatdigital.gov.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here