Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren bagi laluan monorel sedang mengalami gangguan dan tidak dapat beroperasi buat sementara waktu susulan gangguan bekalan kuasa.

Rapid KL dalam satu kenyataan pagi ini memaklumkam, pasukan teknikal sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan bagi memastikan perkhidmatan dapat dipulihkan dengan selamat dan secepat mungkin.

Sehubungan itu, katanya, para penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, seperti Laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya.

“Bagi mendapatkan bantuan atau maklumat lanjut, penumpang boleh merujuk kepada Pegawai Stesen atau Polis Bantuan yang bertugas di stesen-stesen terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, penumpang disarankan merujuk pada laman media sosial Rapid KL atau aplikasi perjalanan MyRapid PULSE untuk status terkini perkhidmatan Laluan Monorel.

“Rapid KL memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama para penumpang.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai status perkhidmatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here