Pengguna jalanraya meredah hujan lebat ketika tinjauan di sekitar Cheras, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 20 OKTOBER 2025

KUALA LUMPUR –  Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di empat negeri sehingga tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca berkenaan dijangka berlaku di Sepang dan Kuala Langat, Selangor serta Port Dickson, Negeri Sembilan.

Di Sarawak pula, cuaca buruk membabitkan Sarikei dan Betong, khususnya Kabong, manakala di Sabah melibatkan Kalabakan, Tawau dan Semporna.

Menurut MetMalaysia, amaran berkenaan dikeluarkan berdasarkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Jabatan itu berkata, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek dan tempohnya tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

MetMalaysia turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap sebarang perubahan keadaan cuaca dan mengikuti arahan pihak berkuasa sekiranya keadaan bertambah buruk. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here