Foto ihsan JBPM Perak

BAGAN SERAI – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 196.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini petang Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian sekitar jam 3.50 petang dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai dibantu BBP Kamunting digerakkan serta tiba di lokasi 22 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Hyundai Elantra yang dinaiki dua lelaki berusia 24 dan 27 tahun.

“Mangsa berusia 27 tahun telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi menjalankan penilaian awal dan mengaplikasikan konsep SAVER sebelum mengarahkan anggota menjalankan operasi menyelamat untuk mengeluarkan seorang lagi mangsa yang masih berada di dalam kenderaan.

“Mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan berjaya dikeluarkan menggunakan papan tulang belakang (spinal board) dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” ujarnya.

Katanya, mangsa yang cedera menerima rawatan awal daripada pihak perubatan KKM dan dihantar ke Hospital Taiping menggunakan ambulans manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi terkawal pada jam 4.23 petang dan tamat sepenuhnya jam 5.23 petang,“ katanya. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here