Abdul Azeez Abdul Rahim

KUALA LUMPUR –  Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 9 di sini, esok.

Beliau dijadualkan dituduh di hadapan Hakim Azura Alwi pada jam 9 pagi.

Peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad mengesahkan perkara itu ketika dihubungi MalaysiaGazette sebentar tadi.

“Ya betul saya difahamkan anak guam kami akan didakwa esok. Kita tengok esok bagaimana,” katanya ringkas.

Peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad

Abdul Azeez sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 26 Ogos lalu bagi membantu siasatan susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Beliau kemudian direman selama tujuh hari sebelum dibebaskan selepas tempoh reman berakhir.

Penahanan itu merupakan sebahagian daripada siasatan SPRM susulan laporan RCI Tabung Haji yang antara lain meneliti isu pengurusan, pelaburan dan keputusan yang dibuat dalam institusi berkenaan.

Abdul Azeez sebelum ini pernah berdepan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Bagaimanapun, beliau dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan pada Disember 2022.

Pertuduhan yang bakal dihadapinya esok adalah perkara berasingan daripada kes terdahulu dan butiran penuh dakwaan akan diketahui selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah.

Abdul Azeez pernah menerajui TH sebagai pengerusi sebelum melepaskan jawatan itu pada 2018.

Prosiding di Mahkamah Sesyen Jenayah 9 dijadualkan bermula pada jam 9 pagi esok. – MalaysiaGazette

Azeez, Irwan ditahan SPRM, direman esok

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here