Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenaan dipersembahkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025, hari ini.

Baginda turut berkenan dipersembahkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan serta Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri, Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, laporan berkenaan dipersembahkan Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi di Istana Bukit Tunku, di sini.

“Sultan Ibrahim turut berkenan meneliti laporan-laporan yang dipersembahkan oleh Ketua Audit Negara, selaras dengan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap aspek tadbir urus dan pengurusan kewangan negara,” kata hantaran tersebut. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here