Seorang bekas Pembantu Taska didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh, hari ini kerana menganiaya seorang kanak-kanak berusia 2 tahun di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Mentakab, Pahang.
Tertuduh, Nor Ain Ashikin Husin, 26 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Hakim Jamaludin Mat.















