Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam membuat tinjauan sekitar kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Langgak Duta, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam dan pegawai Jabatan Penjara Malaysia dilihat hadir di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta di sini, hari ini.

Pertemuan itu dipercayai membabitkan mesyuarat perincian aspek keselamatan dan penilaian kediaman berkenaan susulan cadangan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Bagaimanapun, identiti pegawai Jabatan Penjara Malaysia yang hadir pada mesyuarat tersebut masih belum dapat dipastikan.

Empat kenderaan dilihat memasuki kediaman berkenaan manakala Anuar Bakri dilihat tiba menaiki kenderaan kira-kira jam 2.20 petang.

Sehingga kini, mesyuarat antara dua pihak masih lagi berlangsung.

Bagaimanapun, tujuan rasmi mesyuarat dan perkara yang dibincangkan masih belum diperincikan pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here