Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika hadir ke International Future Conference 2026 (IFC 2026) di ISTAC-IIUM, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi rasa sedih di atas pemergian isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pagi ini

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengenang jasa dan khidmat Siti Hasmah kerana Allahyarham sentiasa aktif ketika menjadi isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas Anwar, Siti Hasmah, 100, memiliki ciri isteri pemimpin negara yang prihatin kerana arwah sering menjaga kebajikan dah mengambil tahu hal sejahteraan rakyat.

“Tentunya dalam keadaan sekarang, kita bersimpati kepada Dr. Mahathir dan keluarga

“Kita sentiasa kenang jasa dan khidmat kepada negara kerana Tun Dr Siti Hasmah aktif semasa beliau menjadi isteri Perdana Menteri dan menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan The International Future Conference 2026 di sini hari ini.

Sebelum memulakan ucapan juga, Perdana Menteri turut mengajak hadirin membacakan surah Al-Fatihah atas pemergian Siti Hasmah.

“Sebelum itu, saya ingin berkongsikan berita sedih pagi ini, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali telah meninggal dunia pagi.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat atas pemergiannya dan saya ingin mengajak semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepadanya,” kata Anwar dalam nada sedih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here