LONDON – Aktres Hollywood ini pernah dikaitkan dengan khabar angin memeluk agama Islam apabila menukar status ‘Assalamulaikum’ di Instagram pada Januari lalu.

Semalam, Lindsay Lohan sekali mengundang khabar angin yang sama apabila dilihat bertudung semasa menghadiri majlis London Modest Fashion Week.

Pelakon The American Mean Girls berusia 31 tahun itu juga memakai hijab, abaya dan menutup aurat sesuai dengan konsep minggu fesyen muslimah itu.

Malah dalam laporan Daily Mail, Lohan kelihatan sempat berselfie dengan individu iras Datin Norjuma Habib.

Sejak Januari lalu, selain menulis Assalamualaikum, Lohan juga dikatakan telah memadamkan gambar-gambarnya yang seksi di media sosialnya.

Bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan rasmi kemungkinan aktres itu bakal menukar agama kepada Islam.

Gambar Lohan pernah menjadi tular pada tahun 2015 apabila memegang al-Quran semasa terlibat dalam kerja-kerja aktiviti sosial di Brooklyn.

Bagaimanapun beliau kemudiannya menyatakan kitab orang Islam itu merupakan pemberian rakannya.

“Rakan rapat saya yang sentiasa ada bersama di London dan Saudi memberikan saya hadiah al-Quran dan saya membawanya ke New York kerana saya masih mempelajarinya,” kata Lohan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast