PUTRAJAYA – Aktivis pembangkang, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin difahamkan telah ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) di sini sekitar 3 petang tadi.
Difahamkan penahanan itu juga berkaitan dakwaan oleh Chegubard tentang rasuah seorang pegawai tertinggi dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Mengesahkan perkara itu, peguam mewakili Chegu Bard, Mohd Rafique Rashid Ali, polis akan memohon perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pukul 9 pagi esok.
Beliau berkata, Chegubard sedang disiasat bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Sekyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sebelum ini, Chegubard sudah memuat naik kenyataan yang polis sudah menyerbu rumahnya ketika dia tiada di rumah kerana hadir perhimpunan di Tambun, Perak.
Dakwanya, serbuan itu itu selepas beliau mendedahkan dokumen sulit berkaitan kegiatan rasuah pegawai berkenaan. -MalaysiaGazette

















Bila nak masuk ke dalam ni? Manusia perosak.