
KUALA LUMPUR – Malaysian Electronic Payment System Sdn. Bhd. (MEPS) menafikan dakwaan kononnya pengguna tidak dapat mengeluarkan wang tunai di mesin ATM.
Menurutnya, hanya 0.02 peratus daripada jumlah saksi pengeluaran tunai yang mengalami masalah dan sebahagian besarnya disebabkan isu-isu terpencil membabitkan ATM tertentu sahaja.
Dalam kenyatannya, MEPS berkata, sepanjang Oktober 2017 hinga Mac lalu rangkaian ATM bersama MEPS telah mencapai 100 peratus ketersediaan dan berjaya memproses lebih 142 juta transaksi pengeluaran tunai melalui mesin ATM.
Katanya, seandainya berlaku masalah, bank-bank akan membuat pembayaran balik antara dua dan empat hari bekerja.
MEPS meminta pemegang kad ATM menghubungi bank masing-masing sekiranya berlaku masalah pengeluaran wang tunai di mesin. – MalaysiaGazette















