KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan semula 16 pengurusan tertinggi Global Ikhwan Services dan Business Holdings (GISBH), termasuk Ketua Pegawai Eksekutif dan isterinya, hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tangkapan dilakukan bagi disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)CEO GISBH, isteri antara 16 pengurusan tertinggi disiasat di bawah SOSMA
“Sejak Op Global dilancarkan pada 11 September lalu, PDRM berjaya membuat tangkapan terhadap seramai 415 individu disyaki ahli GISBH setakat ini.
“Daripada jumlah tersebut, sejumlah 58 individu ditahan di bawah SOSMA termasuk 16 orang pengurusan tertinggi GISBH iaitu CEO serta isterinya ditangkap semula bermula hari ini untuk disiasat Bawah SOSMA bermula tengah hari tadi selama 28 hari.
“Sebelum ini mereka ditahan reman bawah Atipsom yang tamat hari ini dan kita sudah tangkap semula 16 orang itu untuk disiasat Bawah SOSMA,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sidang media di Mess Pegawai Kanan Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata, 35 individu masih dalam tahanan reman manakala 273 orang lagi telah dibebaskan dengan jaminan polis.
“Seramai 37 lagi individu telah dibebaskan tanpa syarat sementara dua individu telah diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan seorang individu telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan pengusiran,” ujarnya. – MalaysiaGazette















